Tuesday, November 09, 2010

Fifer's Ulat Complaint Letter

(Sorry Fifer I found this while looking through my google docs and thought to share it with everyone. Feel free to scold me and I will remove it.)
The names italicized in the following document have been changed to avoid potential lawsuits.
--
Tuan/Puan,

Aduan kualiti makanan haiwan yang dibeli tidak memuaskan

Saya seorang pelanggan setia Kedai Haiwan A/Klinik Haiwan A, Fasa 10 dan sering berkunjung ke sini untuk mendapatkan khidmat rawatan dan produk-produk untuk kucing-kucing saya sejak ianya dibuka. Saya menulis surat ini untuk membuat aduan mengenai satu produk yang telah dibeli di kedai ini pada 30 Ogos 2009. Saya telah membeli makanan Cat food repack sekilo dengan harga RM14. Setelah kembali ke rumah, saya memberi makanan itu kepada kucing-kucing saya. Tiba-tiba saya telah terjumpa beberapa ekor ulat sedang merayap-rayap di atas makanan kering tersebut. Ulat tersebut besar saiznya, berwarna krim seakan-akan coklat serta berkepala hitam. Kemungkinan besar ianya beetle larvae. Belum sempat saya hendak membuang makanan itu, kucing saya telah menelan makanan itu berserta ulat-ulat itu sekali. Kemudian, dengan hati yang berdegup-degup dan perasaan geli gelemang, saya menutup bekas makanan itu dengan ulat-ulat itu sekali dengan tujuan ianya tidak keluar untuk menyerang saya serta untuk di bawa balik ke kedai untuk menunjukkannya kepada pekerja kedai.

Saya bukan ingin menuduh pihak tuan secara melulu tetapi setelah berfikir dan berbincang tentang perkara tesebut dan membuat rujukan di internet (http://www.allaboutworms.com/worms-in-pet-food), saya merasakan ulat-ulat itu berada di dalam pek makanan itu semasa saya membelinya. Ini adalah kerana dalam tempoh 11 tahun saya memelihara kucing dan memberi mereka makanan kering repack atau dalam bungkusan asal, saya tidak pernah terjumpa sebarang jenis spesis ulat di dalam makanan mereka. Saya juga meletakkan makanan kering kucing di dalam bekas kedap udara yang tidak terdedah kepada udara dan pencemaran binatang perosak seperti lalat atau kumbang untuk memasukinya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa ulat-ulat itu telah masuk dalam bentuk telur ataupun bentuk larvae ke dalam makanan kucing kering ketika proses repackaging di gudang atau kedai tuan. Selain itu, saya juga tidak pernah melihat ulat ini di dalam rumah saya sebelum ini.

Di sini saya ingin jelaskan bahawa saya bukannya ingin memarahi pihak kedai. Saya bukan lah seseorang manusia yang suka membuat bising tentang benda-benda yang remeh-temeh. Saya adalah seseorang yang suka akan kedamaian dan hubungan baik sesama manusia. Akan tetapi saya mempunyai hak pengguna dan mengambil berat perkara-perkara yang melibatkan makanan dan ulat dan disebabkan pengalaman yang tidak menyenangkan ini saya terpaksa membuat aduan. Ini adalah kerana saya amat takutkan ulat jadi diharapkan tuan dapat memahami bagaimana perasaan saya apabila terjumpa ulat-ulat di tempat yang tidak sepatutnya. Lagi-lagi barangan yang telah saya beli yang telah dianggap berkualiti di kedai tuan. Disebabkan saya seorang pelanggan yang menyukai Kedai haiwan A, saya ingin mempertengahkan hal ini kepada yang berkenaan agar ianya tidak berlaku lagi di masa hadapan dan agar pelanggan lain juga tidak mengalami perkara yang sama. Saya juga ingin kekalkan kunjungan saya ke kedai ini dan saya cuma tidak mahu mengalami perkara sedemikian lagi. Dengan itu, diharap tuan dapat mengambil aduan ini dengan serius dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Mungkin tuan tidak menyedari pencemaran makanan telah berlaku oleh itu diharap permantauan dapat dilakukan kerana dikhuatiri ianya akan memudaratkan kesihatan kucing-kucing yang memakannya serta menjejaskan kualiti makanan yang dibeli oleh pelanggan yang dijual di Kedai haiwan A. Saya amat berharap agar tuan dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Asalkan perkara ini tidak berlaku lagi, saya tetap akan menjadi pelanggan setia Kedai haiwan A. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca surat ini. Sekalian, terima kasih.

1 comment:

Bipolar sometimes said...

Only fifer.m Thank you for that